Saturday, August 20, 2011

Ku Tujukan Khas Untuk Dia♥Dia tujukan khas untuk aku

Sedang aku menyuapkan coklat Cadburry ku ke dalam mulut, tiba - tiba terdengar bunyi ringtone yang biasa ku dengari. Ya, panggilan dari Si dia...dengan pantas aku berlari mencapai handphone ku, lupa pada coklat Cadburry sebentar.

Tersenyum bila aku mendengar suaranya, bercerita itu dan ini selain daripada bertanyakan tentang berbuka puasa dengan hidangan apa sebentar tadi. Sebelum mematikan talian telefon, dia meminta aku mencari sebuah lagu di YouTube dengan tajuk 150 juta kali...Hmmm?Rasa macam pernah dengar...Rupa-rupanya lagu ni, telah aku tujukan sekian lama lagi. Boleh dikatakan dari tahun lepas. Tapi harap maklum lah, dia tak tahu benda-benda ni semua sebab, aku tujukan lagu ni via Facebook.

Dah tentu lah dia jarang sekali online FB, kecuali aku yang memintanya untuk berchating, jimat credit lah katakan,hikhikhik...

Lagu ni memang sempoi..ada juga yang komen lagu ni monotone saja, biasa-biasa je. Tak sesedap mana...

Tapi bagi aku, lagu ni penuh makna, menerangkan tentang pasangan kita, tentang persoalan orang sekeliling kenapa kita pilih pasangan kita tu dan apa harus kita buat dan lakukan bila kita diaju soalan yang sama bertubi-tubi....

So, I like this song and...his too...

Here, let me share with you all out there...




So, ni antara jawapan yang pasti boleh dijawab...

Ya Allah, Ya Rahman...
Takdirkanlah dia TERBAIK untuk ku,
Andai dia terbaik untuk ku,
Kau tunjukkanlah kepada kami...
Dan andai dia BUKAN terbaik untuk ku,
Kau hapus lenyapkan lah hati perasaanku...



Sunday, August 14, 2011

Haramkah ♥ ( Luahan Hati ku )



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
                                                             Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya 
Biar waktu berakhir Bumi dan langit berantakan

**
                                                             Aku tetap ingin dirinya 
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan Yang tak mungkin menjadi mungkin


Reff:
                                                   Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat 
Biar aku sepi aku hampa aku basi 
Tuhan sayang aku 
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya 
Ketika cinta bertasbih 
Tuhan beri aku cinta 
Ku menanti cinta…



Thursday, August 11, 2011

Tiga Cahaya ♥♥♥

Cinta...
Bila ku ungkai kata cinta,
Hati tersayup penuh syahdu,
Diri memandang langit berkelip,
Lantas ku bersuara...
Sampaikan padanya cinta,
Andai terlihat tiga cahaya bintang jelas di dada malam,
Petanda aku tersenyum rindu padanya,
Dan katakan padanya jua cinta,
Andai tenggelam tiga cahaya dari pandangannya digelap malam,
Itu tandanya aku menangis terlalu rindu padanya...
Hanya cinta.



Sunday, August 7, 2011

Bertemu Cinta ♥ ( Kisah Aku dan Dia )

Bertemu Cinta

Ku lontarkan suara,
 Pada nota pena ku,
Kisah cinta dan hidupku,
Moga impi menjadi nyata.

Takdir yang tak disangka,
Cinta cuma di depan mata,
Punya kisah hidup berbeza,
Semata mencapai cinta bahagia.

Ku kecewa kerana cinta,
Kau merana tiada cinta,
Ku berdoa dan kau pun meminta,
Kerana Dia kita berjumpa.

Kini ku lebih bahagia,
Kau dan aku jatuh cinta,
Kau, lelaki idaman novel cinta,
Dan aku, penulisnya,
Berasa bangga apa yang ada,
Biarpun impi belum menjadi nyata.



♥ Cinta ♥ ~~~ Erti Cinta Kepada Yang Dicintai

Cinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
Dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu,
Pada keterangan ku sendiri,
Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa - gesa menulis sekali,
Kata - kata pecah berkeping - keping,
Begitu sampai kepada cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Dan sang hati terbaring dalam lumpur,
Cinta sajalah yang menerangkan cinta,
yang ku cintai.

Tuesday, March 22, 2011

Puteri In The House !!! ♥


PUTERI IN THE HOUSE !!!

Yuhuuu....!!!...I'm in the house...huhu. Tetibe je ni apesal. Huhu..ok,ok. Nak citer ni.( cer citer,cer citer). Siapa yang tak de angan - angan nak rumah impian? ( Usop : angkat tangan macam saya...). Hmm...semua ada kan. Semua mesti berangan lah, tak kisah lah angan - angan mat jenin ke kan, angankan nak rumah impian. Ataupun, belum beli rumah lagi, dah berangan nak decor rumah sendiri, kononnya jadi interior designer lah kan...So, do I. I pun dah berangan berjuta kali dah, entah yag ke berapa dah dalam otak ni, nak rumah sendiri, kemudian nak design sendiri interior dalam rumah tu kan. Hall room nak macam ni punya, dining hall nak macam ni, wet kitchen mesti ada ni, dry kitchen nak ni tau, master bedroom mesti ada ni, dress room untuk master bedroom nak besar dan cantik ye, 1 bilik mesti dijadikan mini ofis ye...hehehe...macam - macam la kerenah otak dan hati nak itu dan ini tentang rumah. Bila bercakap tentang rumah, pasti tak sabar lah nak pindah. Baru tiang di pacakkan dah tak sabar bungkus barang - barang nak diangkut ke rumah baru...(dasyat tak?hehehe). Punya lah berkobar - kobar hati ni.hehehe...

So, I dah pergi ronda - ronda kota raya. I dengan pacar I,( pacar konon...sempena Kris Dayanti nikah baru..hehehe...) ada pilih rumah impian ni. Meh, I tunjukkan...huhu... Surpriseee! (sambil buat gaya Eric Deco - Deco).


My Dream Properties

This is My Life Partner Properties
Inside The House (Hall, Dining Hall, Kitchen)

Our Hall Room

Dining Hall & Dry Kitchen with mini Bar

Bila dah survey - survey, hati tak sabar la pulak.. Cepat la, cepatla...huhu...Memang giler otak mata ni tengok rumah. Cantik - cantik, memenuhi citarasa. Hmm...cepat la masa berlalu, kumpul duit, dapatkan apa impian yang kita nak...ye...ceh,ceh ceh...hehehe...dah lah...tu je.

Bye.

p/s : Nak berangan jap ye...hehehe

Saturday, March 19, 2011

Kenapa Saya Pilih Dia ♥?

Kenapa Saya Pilih Dia



Kenapa? Kenapa saya pilih dia? Hmm....kenapa ye? Ramai orang tanya, kenapa? Ada apa dengan dia? Kenapa mesti dia? Selalunya soalan mereka diikuti dengan ayat sebegini " Ramai lagi lelaki lain...kenapa mesti dia?". Hmm...kaku untuk aku menjawab. Bukan tiada jawapan, ada...tapi macam tiada jawapan. Macam mana tu?hehe...

Entah lah, yang pasti dia mempunyai ciri - ciri lelaki impian yang aku impikan selama ni.
Lelaki yang aku impikan tu, dia benar - benar dan bersungguh - sungguh mencintai dan menyayangiku sepenuh hati sebagaimana aku menyayangi dan mencintainya sepenuh hati. Semua orang impikan sebegitu, bukan? Tapi, bila ini yang aku nyatakan, ada sesetengah pihak mengatakan, Tak semua impian kita akan tercapai. Kenapa? Kenapa mesti ada yang berprasangka begini? Menjatuhkan harapan dan impian insan lain.
Tak mengapalah, aku tak mengalah berhenti berdoa.
Allah dah katakan, tidak akan berubah takdir seseorang hambaNya jika hambaNya tidak mengubahnya. Betulkan?

Apa pun, orang nak kata. Apapun orang nak tanya. Aku tak kisah. Yang pasti, aku pilih dia kerana agamanya. Apa yang tersirat di hati ku, tersurat di nota yang diberikan kepada aku. 
"Aku memilih mu kerana agama yang ada pada mu. Jika hilang agama yang ada pada mu, maka HILANGlah CINTA ku untuk mu"

Aku lega membaca nya. Dan...sebab - sebab lain kenapa aku memilih dia...
sukar untuk aku kupaskan dan luahkan.
Tapi ada sedikit sebanyak tersurat di video ini.



Kerana tanda - tanda ini, ada padanya.


Terima kasih darxniq mengupas lebih lanjut.

p/s : Semoga kita di satukan dengan cinta yang sah.




Love♥Ketika Cinta Bertasbih♥


 

Ceritera Hati Puteri. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner