Saturday, March 19, 2011

Kenapa Saya Pilih Dia ♥?

Kenapa Saya Pilih Dia



Kenapa? Kenapa saya pilih dia? Hmm....kenapa ye? Ramai orang tanya, kenapa? Ada apa dengan dia? Kenapa mesti dia? Selalunya soalan mereka diikuti dengan ayat sebegini " Ramai lagi lelaki lain...kenapa mesti dia?". Hmm...kaku untuk aku menjawab. Bukan tiada jawapan, ada...tapi macam tiada jawapan. Macam mana tu?hehe...

Entah lah, yang pasti dia mempunyai ciri - ciri lelaki impian yang aku impikan selama ni.
Lelaki yang aku impikan tu, dia benar - benar dan bersungguh - sungguh mencintai dan menyayangiku sepenuh hati sebagaimana aku menyayangi dan mencintainya sepenuh hati. Semua orang impikan sebegitu, bukan? Tapi, bila ini yang aku nyatakan, ada sesetengah pihak mengatakan, Tak semua impian kita akan tercapai. Kenapa? Kenapa mesti ada yang berprasangka begini? Menjatuhkan harapan dan impian insan lain.
Tak mengapalah, aku tak mengalah berhenti berdoa.
Allah dah katakan, tidak akan berubah takdir seseorang hambaNya jika hambaNya tidak mengubahnya. Betulkan?

Apa pun, orang nak kata. Apapun orang nak tanya. Aku tak kisah. Yang pasti, aku pilih dia kerana agamanya. Apa yang tersirat di hati ku, tersurat di nota yang diberikan kepada aku. 
"Aku memilih mu kerana agama yang ada pada mu. Jika hilang agama yang ada pada mu, maka HILANGlah CINTA ku untuk mu"

Aku lega membaca nya. Dan...sebab - sebab lain kenapa aku memilih dia...
sukar untuk aku kupaskan dan luahkan.
Tapi ada sedikit sebanyak tersurat di video ini.



Kerana tanda - tanda ini, ada padanya.


Terima kasih darxniq mengupas lebih lanjut.

p/s : Semoga kita di satukan dengan cinta yang sah.




0 comments:

Post a Comment

Love♥Ketika Cinta Bertasbih♥


 

Ceritera Hati Puteri. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner