Tuesday, March 22, 2011

Puteri In The House !!! ♥


PUTERI IN THE HOUSE !!!

Yuhuuu....!!!...I'm in the house...huhu. Tetibe je ni apesal. Huhu..ok,ok. Nak citer ni.( cer citer,cer citer). Siapa yang tak de angan - angan nak rumah impian? ( Usop : angkat tangan macam saya...). Hmm...semua ada kan. Semua mesti berangan lah, tak kisah lah angan - angan mat jenin ke kan, angankan nak rumah impian. Ataupun, belum beli rumah lagi, dah berangan nak decor rumah sendiri, kononnya jadi interior designer lah kan...So, do I. I pun dah berangan berjuta kali dah, entah yag ke berapa dah dalam otak ni, nak rumah sendiri, kemudian nak design sendiri interior dalam rumah tu kan. Hall room nak macam ni punya, dining hall nak macam ni, wet kitchen mesti ada ni, dry kitchen nak ni tau, master bedroom mesti ada ni, dress room untuk master bedroom nak besar dan cantik ye, 1 bilik mesti dijadikan mini ofis ye...hehehe...macam - macam la kerenah otak dan hati nak itu dan ini tentang rumah. Bila bercakap tentang rumah, pasti tak sabar lah nak pindah. Baru tiang di pacakkan dah tak sabar bungkus barang - barang nak diangkut ke rumah baru...(dasyat tak?hehehe). Punya lah berkobar - kobar hati ni.hehehe...

So, I dah pergi ronda - ronda kota raya. I dengan pacar I,( pacar konon...sempena Kris Dayanti nikah baru..hehehe...) ada pilih rumah impian ni. Meh, I tunjukkan...huhu... Surpriseee! (sambil buat gaya Eric Deco - Deco).


My Dream Properties

This is My Life Partner Properties
Inside The House (Hall, Dining Hall, Kitchen)

Our Hall Room

Dining Hall & Dry Kitchen with mini Bar

Bila dah survey - survey, hati tak sabar la pulak.. Cepat la, cepatla...huhu...Memang giler otak mata ni tengok rumah. Cantik - cantik, memenuhi citarasa. Hmm...cepat la masa berlalu, kumpul duit, dapatkan apa impian yang kita nak...ye...ceh,ceh ceh...hehehe...dah lah...tu je.

Bye.

p/s : Nak berangan jap ye...hehehe

Saturday, March 19, 2011

Kenapa Saya Pilih Dia ♥?

Kenapa Saya Pilih Dia



Kenapa? Kenapa saya pilih dia? Hmm....kenapa ye? Ramai orang tanya, kenapa? Ada apa dengan dia? Kenapa mesti dia? Selalunya soalan mereka diikuti dengan ayat sebegini " Ramai lagi lelaki lain...kenapa mesti dia?". Hmm...kaku untuk aku menjawab. Bukan tiada jawapan, ada...tapi macam tiada jawapan. Macam mana tu?hehe...

Entah lah, yang pasti dia mempunyai ciri - ciri lelaki impian yang aku impikan selama ni.
Lelaki yang aku impikan tu, dia benar - benar dan bersungguh - sungguh mencintai dan menyayangiku sepenuh hati sebagaimana aku menyayangi dan mencintainya sepenuh hati. Semua orang impikan sebegitu, bukan? Tapi, bila ini yang aku nyatakan, ada sesetengah pihak mengatakan, Tak semua impian kita akan tercapai. Kenapa? Kenapa mesti ada yang berprasangka begini? Menjatuhkan harapan dan impian insan lain.
Tak mengapalah, aku tak mengalah berhenti berdoa.
Allah dah katakan, tidak akan berubah takdir seseorang hambaNya jika hambaNya tidak mengubahnya. Betulkan?

Apa pun, orang nak kata. Apapun orang nak tanya. Aku tak kisah. Yang pasti, aku pilih dia kerana agamanya. Apa yang tersirat di hati ku, tersurat di nota yang diberikan kepada aku. 
"Aku memilih mu kerana agama yang ada pada mu. Jika hilang agama yang ada pada mu, maka HILANGlah CINTA ku untuk mu"

Aku lega membaca nya. Dan...sebab - sebab lain kenapa aku memilih dia...
sukar untuk aku kupaskan dan luahkan.
Tapi ada sedikit sebanyak tersurat di video ini.



Kerana tanda - tanda ini, ada padanya.


Terima kasih darxniq mengupas lebih lanjut.

p/s : Semoga kita di satukan dengan cinta yang sah.




Thursday, March 17, 2011

Ye ke? Kalau Hati Risau Tanda Dah Dekat?♥


Risau Hati? Dah Dekat? Ye ke?

Ishhh....Ye ke? Dup dap dup dap jantung ni tau. Bila pikir je, mesti susah hati. Bila pikir je, mesti tak lalu nak makan (padahal melantak je...(^_^)v). Sebenarnya, bila pikir kahwin...hehehe...ngada - ngada ko ea...Bukan dah nak kahwin sangat punnn...Saje berpikir...umur dah meningkat. Dalam gang - gang kat UPM pun...(bukan nama sebenar) semua dah kahwin. Tinggal la den sorang ni hah...Kawan - kawan satu sekolah dulu pun ramai dah kahwin. Mula - mula, den tak la susah hati bonar...tapi lama - lama, diserbu dek paparazi entah datang dari celah kek mano ntah,asyik tanya den ni hah bila nak kawin. Siap tanye kek mak bapak den laie...aduiyai...den jadi susah hati la dengan soalan - soalan diorang ni.( Bukan susah hati tak kawin lagi ea...hehehe...apesal tetibe cakap loghat nogori ni).

Adala satu ketika dulu(zaman tahun ape ntah), ada sorang akak ni hah katanya,"Kalau hati tu dah mula risau, gelisah, tu tandanya dah dekat lah tu nak kahwin". Tu yang teringat tu dek kata - katanya tu hah. Entah ye entah tak. Buat terpikir - pikir je. Kalau ye...mak aii, semua nak dikira ni. Budget kahwin?huhuhu...dah sedia ke belum? Tak kan la mak bapak sponsor semua kan...hehehe(macam la kaya bonar). Tu yang makin jadi susah hati tu. Duit entah mana aku melaburnya ntah...(kat mana lagi...kalt shopping mall la,lagi mau tanye ko ea).

Eh ni bukan Budget I, ni contoh sekadar hiasan ye!

Bila pikir - pikirkan, aduhai, banyak ni pakai duit. So, mula la berjinak - jinak dengan Encik Jimat. Hampir - hampir kedekut sekarang ni hah. Hehehe...dah lah. Tak nak luahkan lagi apa yang resah di hati. Cehhhwah! Hehehe...saja je nak merepek kat sini.
Tata...

P/s : eh, tapi betul ke hah dah dekat? jawab,jawab...jangan tak jawab...♥



Love♥Ketika Cinta Bertasbih♥


 

Ceritera Hati Puteri. Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner